Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan dapur yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Masjid Baitulamin, Subang Jaya pada 11 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jeram, Lembah Jaya antara empat lokasi jualan barang dapur murah esok

SHAH ALAM, 28 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, jualan murah diadakan di Kampung Bukit Kerayong (Jeram), Dewan Terbuka Pangsapuri Desa Sepakat (Taman Medan), Jalan Palma Raja 3/6S6 (Sentosa) dan Taman Sri Raya (Lembah Jaya).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

PKPS juga menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :