Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Bandar Baru Klang di Jalan Tepi Sungai pada 5 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tanjung Sepat, Sungai Burong antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 2 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lagi lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah diadakan di Kampung Gumut Tambahan (Hulu Bernam), Mini RTC Lang Tengah (Tanjung Sepat), Kampung Haji Razali (Sungai Burong) dan Dataran Pangsapuri Intan (Teratai).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

PKPS juga menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :