Petugas membuat persiapan menyediakan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah kendalian PKPS di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dewan MPKK Pandamaran Jaya antara empat lokasi JER esok

SHAH ALAM, 6 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke empat lokasi esok, bermula 10 pagi.

Jualan murah barangan asas itu diadakan di Kampung Bendang Gemilang (Permatang), Kampung Tanjung Sepat Darat (Tanjung Sepat), Dewan MPKK Pandamaran Jaya serta Masjid Al-Falah (Pelabuhan Klang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh.

PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :