AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 6 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 10 malam.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia  memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :