AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

LZS agih RM31.9 juta bantuan Ramadan, Syawal buat 68,311 keluarga asnaf

SHAH ALAM, 10 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntuk RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal tahun ini untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh negeri.

Menerusi kenyataan, agihan membabitkan 39,933 ketua keluarga asnaf miskin dengan jumlah agihan RM18.6 juta, 23,578 ketua keluarga asnaf fakir (RM11.6 juta) dan baki untuk mualaf.

“Setiap penerima mendapat bantuan zakat antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga,” maklum agensi berkenaan di Facebook.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, ketua pegawai eksekutifnya berkata bantuan tersebut disalurkan mulai hari ini melalui kredit akaun bank, baucar atau serahan tunai.

Ahmad Fadhil Hassan menambah tiga daerah iaitu Petaling, Klang dan Hulu Langat mencatatkan agihan zakat tertinggi bagi bantuan Ramadan dan Syawal lebih RM16.5 juta meliputi 35,016 asnaf.

Semakan status bantuan boleh dibuat secara dalam talian di ezo.zakatselangor.com.my.http://ezo.zakatselangor.com.my


Pengarang :