Petugas membuat persiapan pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di Sementa, Subang Jaya, Jeram pagi esok

SHAH ALAM, 17 MAC: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas dengan harga murah di tiga lokasi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) esok, mulai 9 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Dewan Palembang, Jalan Palembang (Sementa), Court 4 USJ (Subang Jaya) dan Lot 4992, Jalan 3 Sek Agama Kampung Bukit Hijau (Jeram).

Hari ini jualan sama diadakan di Taman Sri Bayu (Lembah Jaya); Apartment Cempaka 17 (Bandar Baru Klang) dan Dewan Serbaguna Kerling (Kuala Kubu Bharu).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh.

PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :