Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMA

Orang ramai beratur seawal 7 pagi, tidak lepas peluang beli stok untuk Ramadan

AMPANG JAYA, 17 MAC: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya mendapat sambutan apabila orang ramai beratur seawal 7 pagi.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya Jeffry Johari berkata penduduk sanggup datang ke Jualan Ehsan Rahmah (JER) dua jam awal daripada waktu ditetapkan bagi mendapatkan nombor giliran.

Pengurus PKM Jeffry Johari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Setibanya saya di lokasi penganjuran, penduduk telah menunggu malah mereka turut membantu petugas jualan menyusun kerusi.

“Penduduk mengambil peluang membeli produk PKPS yang dijual murah kerana JER diadakan sekali sahaja sepanjang Ramadan di DUN Lembah Jaya ini,” katanya ditemui di Taman Sri Bayu di sini, hari ini.

Tambahnya, rata-rata pengunjung ditemui bersyukur dan berharap Kerajaan Negeri mengekalkan program jualan murah pada tahun depan.

“Penduduk mengatakan menerima maklumat bahawa ayam naik kepada RM13 dan ikan pula RM9. Penduduk agak khuatir tetapi bila kita memaklumkan tiada kenaikan harga mereka bersyukur dan berterima kasih.

Noridah Mohd Yusof, 64. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Selain itu, pusat khidmat turut menganjurkan acara selingan untuk memeriahkan suasana. Kita bertanya soalan mengenai wakil rakyat dan inisiatif Kerajaan Negeri. Mereka yang dapat jawab menerima hadiah barang basah,” katanya.

Sementara itu, warga emas Noridah Mohd Yusof, 64, berkata program jualan murah memang dinantikannya kerana mahu membeli keperluan dapur untuk bekalan sepanjang Ramadan.

“Di jualan ini, saya boleh terus beli semua keperluan dan tidak perlu ke kedai lain selain harganya amat murah berbanding di luar.

“Saya mesti akan datang jika berkelapangan tetapi sebelum ini ada beberapa program JER saya tidak dapat pergi kerana faktor kesihatan,” katanya.

Zaharah Hamzah, 63. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Zaharah Hamzah ,63, pula menyifatkan jualan murah Kerajaan Negeri membantu menjimatkan belanja dapur selain barangan juga berkualiti setanding pasaran luar.

“Hari ini datang bersama suami untuk beli barang dapur dan memang jimat kerana kami berdua tidak bekerja serta bergantung dengan anak-anak sahaja.

“Dengan adanya jualan ini dapat bantu ringankan beban dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Program tersebut dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Noridah Mohd Yusof, 64, menggunakan motor elektrik ketka mengunjungi program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya bagi membeli barangan keperluan asas di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Julia Abu membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Pengunjung membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :