Orang ramai membeli barangan barangan keperluan asas murah ketika program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Sementa di Dewan Serbaguna Dato Ahmad Razali, Klang pada 31 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bukit Melawati, Sementa, Pandan Indah, lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 25 MAC : Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan asas pada harga murah diteruskan di tiga lokasi esok.

Program dari 9 pagi hingga 1 tengah hari itu diadakan di Arena Square Bukit Kapar (Sementa); Padang Permainan, Jalan Persiaran Putra Sulaiman (Pandan Indah) dan pekarangan Tadika Nurul Izati Sungai Buloh (Bukit Melawati).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh.

PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :