AGENSISELANGOR

Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 14 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Hulu Langat hingga 5 petang, menurut t Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Perak Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :