SELANGOR

Hujan lebat diramal landa Hulu Langat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 24 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Hulu Langat hingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama diramal berlaku seluruh Melaka dan beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak serta Sabah.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :