Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Bukit Melawati, Sungai Ramal antara empat lokasi jualan murah pagi ini

SHAH ALAM, 30 APR: Orang ramai berpeluang membeli barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) hari ini, mulai 10 pagi.

Menurut poster di Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), jualan diadakan di Jalan 1/12 Bandar Teknologi Kajang (Sungai Ramal) dan berdekatan Kedai Makan Tok Haji Ramli Assam Jawa (Bukit Melawati).

Kawasan lain di kabin rukun tetangga Seksyen 14/26 (Bukit Gasing) dan perkarangan Masjid Bandar Utama Batang Kali (Kuala Kubu Bharu).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :