Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

SHAH ALAM, 3 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat , ribut petir dan angin kencang melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook keadaan sama diramal melanda seluruh Perak, Melaka, beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :