Kerajaan Perpaduan meletak calon muda lagi bertenaga Pang Sock Tao bagi mengekal kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei.
Berusia 31 tahun, beliau berupaya memberi khidmat terbaik kepada segenap lapisan masyarakat, sekali gus meneruskan prestasi kerja mendiang Lee Kee Hiong yang meninggal dunia pada 21 Mac.
Lulusan Universiti Tenaga Nasional itu yang berasal dari keluarga orang kebanyakan juga pernah bekerja bersama pasukan mendiang, seterusnya membantunya memahami isu setempat.
Sock Tao juga pernah bertugas di Kementerian Tenaga, Teknologi Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dibantu jentera Kerajaan Perpaduan dan rekod cemerlang pentadbiran negeri, Sock Tao yang berdepan saingan empat penjuru dijangka berupaya mempertahan kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2013.
Jurufoto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, FIKRI YUSOF, HAFIZ OTHMAN dan REMY ARIFIN merakam sebahagian kempen Sock Tao setakat 30 April.
Keterangan gambar oleh HAFIZAN TAIB.