Intan Suria Hashim (dua, kiri) bersama empat lagi rakan mendapatkan barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Gelanggang Bola Keranjang Klang Utama, Klang pada 13 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kota Kemuning, Hulu Kelang antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 14 MEI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan murah diadakan di Dewan MBSA Pulai Seksyen 27 (Kota Kemuning) dan dewan Taman Permata, Jalan Permata 4 (Hulu Kelang).

Jualan sama turut dijadual berlangsung di Dewan Merbau MBSA, Seksyen 17 Shah Alam (Batu Tiga) dan dewan orang ramai Taman Saga (Teratai).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :