AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor, KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 6 petang ini.

Cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :