AGENDANASIONAL

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira 8 malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.

Beliau berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan malam ini.

– BERNAMA


Pengarang :