Petugas membuat persiapan menyediakan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Selat Klang di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas di lapan lokasi Sabtu, Ahad

SHAH ALAM, 31 MEI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke lapan lokasi hujung minggu ini, bermula 10 pagi.

Esok, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Pangsapuri Intan Taman Bukit Permai (Teratai), Blok 1 Taman Seri Lembayung (Kota Kemuning), BBST@Walk Sepang (Dengkil) dan Taman Bunga Raya Bukit Beruntung (Batang Kali).

Jualan murah diteruskan pada Ahad di Masjid Al-Azhariah (Batu Tiga), berhampiran pusat kitar semula Seksyen 2 (Kota Anggerik), Pangsapuri Mawar (Bandar Baru Klang) dan tapak pasar pagi Taman Kinrara (Kinrara).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :