Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni menyampaikan kuliah dhuha dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Mirjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Talaqqi kitab: Islam perintah umat tuntut ilmu, sebar kepada orang lain

SHAH ALAM, 27 JUN: Sebaik-baik orang yang berilmu adalah mereka yang menyebarkan ilmunya dan mengajar kepada orang lain, kata tokoh ulama Pattani.

Mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan sempena program Talaqqi Kitab Turath Islami di masjid negeri hari ini, Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni berkata mereka yang menuntut ilmu dan memahami ajaran agamanya akan dimudahkan menghindari diri melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

“Bila kita sudah dapat ilmu melalui majlis atau mempelajari kitab, menjadi wajib untuk kita berkongsi bersama ahli keluarga atau sahabat yang kurang pandai (ilmu),” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha  di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni menyampaikan kuliah dhuha dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Mirjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada majlis sama, Baba Ismail turut mengupas menuntut ilmu dan berjihad memiliki peranan yang sama penting dalam Islam.

“Surah At Taubah Ayat 122 menghuraikan pentingnya pembahagian tugas ada yang di medan perang (berjihad) dan pihak lain yang bertugas menuntut ilmu serta mendalami agama Islam.

“Islam menekankan kepentingan berjihad do medan perang dan menuntut ilmu. Ia membolehkan mereka yang tidak dapat meluangkan waktunya untuk menuntut ilmu kerana harus berjihad tetap menerima pengetahuan yang disebarkan,” ulasnya.

Program anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) merupakan kesinambungan daripada Festival Turath Islami Selangor bagi tahun kedua yang diadakan pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas.

Acara untuk memartabat syiar Islam dan menyebar warisan keilmuan Islam itu menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Berlangsung di masjid negeri, festival itu turut megadakan Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

Jemaah Muslimat mendengar kuliah dhuha yang di sampaikan Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Mirjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :