AGENDANASIONAL

KL, Klang, Sabak Bernam antara lokasi diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 27 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 10 malam.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :