AGENDANASIONAL

KL, Gombak, Klang antara kawasan diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :