Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Taman Dato’ Bandar, Klang pada 16 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dusun Tua, Kota Damansara antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 17 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) esok.

Bermula 10 pagi, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan parkir Masjid Albakri, Bukit Nagara Seksyen 32 (Kota Kemuning) dan tapak pasar malam Taman Maznah (Sentosa).

Jualan murah sama turut berlangsung di Dewan Sebaguna KMST (Kota Damansara) dan Dewan Terbuka Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (Dusun Tua).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :