Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bandar Utama, Seri Kembangan antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di empat lokasi hari ini bermula 10 pagi.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu diadakan di Balai raya Kampung Chempaka (Bandar Utama), Dewan Kampung Perepat (Sementa), Taman Uni Indah (Seri Kembangan) dan Dataran PDT Klang (Pandamaran).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :