Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kampung Tunku, Hulu Klang antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 25 JULAI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan dapur pada harga murah diteruskan di empat lokasi hari ini mulai jam 10 pagi.

Jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu diadakan di Sea Park Apartment, Seksyen 21, Petaling Jaya (Kampung Tunku) dan Dewan MBSA Kampung Melayu Sungai Buloh (Kota Damansara).

Lokasi lain ialah di Blok E Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari (Hulu Klang) dan Dewan Masyarakat Kampung Bukit Lanchong (Kota Kemuning).

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :