Cuaca panas terik yang dirakam lensa BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak antara lapan kawasan catat cuaca panas di Semenanjung

SHAH ALAM, 26 JULAI: Gombak, Selangor antara lapan kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, setakat jam 6 pagi tadi, selain Gombak, kawasan lain yang merekodkan cuaca panas tahap satu ialah Larut dan Matang di Perak, Kuala Krai di Kelantan serta Raub, Temerloh, Maran, Bentong, Rompin di Pahang.

“Cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.


Pengarang :