Gambar hiasan menunjukkan seorang lelaki menyiram wajah dengan air berikutan cuaca panas terik. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

12 kawasan di seluruh negara rekod cuaca panas tahap berjaga-jaga

SHAH ALAM, 29 JULAI: Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, setakat jam 6 pagi tadi, tiga kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas iaitu Larut dan Matang di Perak, Kuala Muda, Kedah serta Kuala Krai, Kelantan.

Beaufort, Sabah turut merekodkan cuaca sama manakala Sarawak melibatkan lapan kawasan iaitu Kuching, Sri Aman, Lubok Antu, Kapit, Sibu, Miri, Telang Usan dan Marudi.

“Cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.


Pengarang :