Ahli Dewan Negeri Kajang David Cheong meninjau kerja menaik taraf system perparitan di Taman Bukit, Kajang Baru, Hulu Langat pada 30 Julai 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang
ADNSELANGOR

DUN Kajang manfaat dana Marris hampir RM77,000 naik taraf jalan, parit usang

SHAH ALAM, 31 JULAI: Dewan Undangan Negeri Kajang memanfaatkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) untuk menaik taraf parit dan jalan raya.

Wakil rakyatnya David Cheong berkata dana RM76,900 antaranya digunakan untuk membaiki parit di Taman Bukit, Kajang Baru yang usang sepanjang lebih 4 km.

“Cadangan membaiki parit ini dikemukakan kepada Marris selepas pertemuan saya bersama penduduk mendapati parit ini tidak dapat menampung air yang menderas dari cerun.

“Projek selenggara ini dijangka dilaksana dalam tempoh dua bulan oleh kontraktor dilantik Majlis Perbandaran Kajang,” katanya.

Beliau menambah dana dari Marris turut digunakan untuk melaksanakan projek penurapan jalan sekitar Crown City, Cheras hingga Sungai Long.

David berharap projek naik taraf parit dan jalan raya ini memberi keselesaan dan manfaat besar buat penduduk di kawasan tersebut.


Pengarang :