AGENDANASIONAL

Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 4 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 4 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

,


Pengarang :