PBTSELANGOR

MBSJ anjur larian merdeka Ahad ini, banyak cabutan bertuah menanti peserta

SHAH ALAM,5 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan Larian Santai Jiwa Merdeka sempena program Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad ini.

Larian 4.5 kilometer bermula di Subang Parade, Subang Jaya itu turut menawarkan baju-T dan sijil penyertaan kepada 500 peserta pertama yang menamatkan larian.

“Orang ramai dipelawa menyertai larian yang dianjurkan secara percuma selain mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik antaranya televisyen dan mesin basuh.

“Peserta yang ingin menyertai larian hanya perlu memgimbas kod QR bagi tujuan pendaftaran,” maklumnya menerusi Facebook.

Selain larian merdeka, antara aktiviti lain turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran alam sekitar dan kesihatan mental.

Turut dianjurkan aktiviti amal penyumbang untuk memberikan barangan atau perkhidmatan kepada pengunjung tanpa sebarang bayaran atau Eco Free Market dan kempen derma darah.


Pengarang :