Gambar hiasan aeroangkasa. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor tawar kursus 12 bulan, jamin peluang kerjaya bidang aeroangkasa

SHAH ALAM, 7 OGOS: Kerajaan Selangor menawarkan program latihan penyelenggaraan dan baik pulih enjin pesawat khusus untuk rakyat negeri ini bermula Oktober depan, bersekali bayaran elaun.

Dikendalikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan GE Engine Services Malaysia Sdn Bhd (GE Malaysia), program perintis selama 12 bulan itu boleh dimohon sehingga 31 Ogos.

Selain menerima sokongan mentor daripada pakar berkaitan, peserta juga akan didedahkan kepada industri aeroangkasa dan menjalani latihan industri serta peluang kerjaya bersama GE Malaysia.

Orang ramai yang berminat boleh hubungi talian 016-9096110 atau 017-3881401.

Pada September 2022, MBI melancarkan Program Perantis Aeroangkasa Selangor bagi memperkasa belia untuk menyertai industri berkenaan dalam membina rantaian bakat atau tenaga kerja mampan.

Program latihan sambil belajar melibatkan lebih 50 perantis itu merangkumi latihan penyelenggaraan enjin dan kejuruteraan teknikal dalam sistem mekanikal dan elektrik.

Penerangan lanjut program dinyatakan dalam poster di bawah:


Pengarang :