AGENDAJENAYAH

Tiga polis ditahan bantu siasatan komponen RX-Z hilang

CHUKAI, 9 OGOS: Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RX-Z di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia antara 26 hingga 32 tahun.

Beliau berkata semua anggota terbabit ditahan selepas siasatan mendapati berlaku kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan.

“Kami menjalankan siasatan sebelum menahan kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek memiliki motosikal jenis sama dan peminat tegar motosikal RX-Z,” katanya, lapor Berita Harian.

Hanyan berkata, reman ke atas kesemua suspek berakhir hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang menyalahguna kuasa dan amanah yang diberikan,” katanya.


Pengarang :