AGENDANASIONAL

Hampir semua daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 11 OGOS: Hampir semua daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat sehingga 4 petang ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi itu, daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :