Aksi pemain Selangor dalam perlawanan pertama kumpulan A Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Azman Hashim, Sibu pada 12 Ogos. Foto Facebook SUKMA Sarawak 2024
AGENDASUKANKINI

SUKMA 2024: Selangor menang 2-0 atasi Negeri Sembilan

SHAH ALAM, 12 OGOS: Selangor menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak petang tadi.

Dua jaringan menerusi Adam Haikal dan Harry Danish pada setiap babak memastikan Selangor meraih tiga mata pertama di Stadium Azman Hashim, Sibu.

Keputusan itu juga membolehkan skuad bimbingan Mohd Fadzli Saari menerajui kumpulan A dan mencerahkan peluang ke separuh akhir.

Selangor akan bertemu Kelantan dalam perlawanan kedua pada 16 Ogos.


Pengarang :