AGENSISELANGOR

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 13 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 6 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terangganu, Pahang, Johor dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :