Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Urusan DASC International Sdn Bhd Dr Nurhidayah Roslan yang dinobatkan sebagai johan program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Syarikat jual kosmetik dinobat juara SAY Aspire edisi kelima

SUBANG JAYA, 14 OGOS: Syarikat kosmetik DASC International Sdn Bhd dinobat sebagai juara program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi kelima, hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan anugerah kepada pengasas yang juga pengarah urusan produk Dr Anne Skin Care Dr Nurhidayah Roslan dalam satu majlis di Hotel Sunway Resort & Spa, di sini.

Tengku Amir Shah turut menyampaikan anugerah kepada pemenang tempat kedua, Citra Kesom Sdn Bhd dan Skinny Bakers Group Sdn Bhd (tempat ketiga).

Pengarah Urusan DASC International Sdn Bhd Dr Nurhidayah Roslan dinobakan sebagai juara program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Ketiga-tiga pemenang menerima ganjaran berdampak tinggi antaranya termasuklah tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk promosi dan rundingan niaga.

Mereka juga bakal menerima bimbingan khas, reruai dan sesi rangkaian perniagaan selain berpeluang menjalinkan kolaborasi dengan agensi berkaitan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama 10 finalis usahawan program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Hadir sama EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, syarikat ubat gigi Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd dan penjual pakaian solat segera, Zaahara Ventures Sdn Bhd dipilih sebagai penerima anugerah khas.

Terdahulu Tengku Amir Shah berkenan mengetuai proses penjurian yang melibatkan 10 peserta akhir bersama beberapa individu lain termasuk EXCO Keusahawanan Najwan Halimi.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengetuai penjurian program Komuniti Belia Selangor Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

SAY Aspire merupakan program pembangunan usahawan untuk belia yang berpontensi mengembangkan produk dan perkhidmatan ke pasaran global melalui kursus bimbingan serta latihan strategi eksport.

Program yang dianjurkan sejak 2018 terbuka kepada syarikat yang beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur antara 18 hingga 40 tahun dan tidak diisytiharkan muflis atau disenarai hitam.

Tahun ini program yang berlangsung sejak Januari melibatkan penyertaan 30 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sebelum 10 syarikat layak ke peringkat akhir.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat produk usahawan program Komuniti Belia Selangor Aspire edisi ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :