PBTSELANGOR

MBSA buka pusat pengumpulan pakaian seragam sekolah terpakai di Masjid Kota Kemuning

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka pusat pengumpulan pakaian seragam sekolah lama yang masih elok di Masjid Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini, sehingga 25 Ogos ini.

Program anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 MBSA – Kota Kemuning, Masjid Kota Kemuning dan Pertubuhan Amal An Nisaa’ Care itu bermula pada 10 Ogos lalu.

“Pakaian seragam sekolah masih elok, tapi anak sudah meninggi dan membesar? Sayang nak buang sebab masih elok. Nak beri pada siapa pun tak pasti.

“Jangan risau, kami ada solusinya. Ajak jiran, rakan dan keluarga kumpul pakaian seragam yang masih elok,” katanya menerusi Facebook SisaPepejal MBSA yang dikendali Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA.

Berikut merupakan cadangan langkah yang akan dibuat sepanjang program berlangsung:

Langkah 1
10 hingga 25 Ogos
Hantar pakaian tersebut ke Pondok Pengawal Masjid Kota Kemuning.

Langkah 2
26 hingga 30 Ogos
Boleh sertai sebagai sukarelawan untuk membersih, mengosok dan melipat pakaian.

Langkah 3
3 September
Acara penyerahan kepada wakil komuniti dan sekolah.

Untuk maklumat lanjut hubungi Hajah Sabariah di talian 019-2404 340 atau Nora di talian 012-2047 472.

 


Pengarang :