Pasukan Kriket Selangor menewaskan Johor dalam perlawanan peringkat kumpulan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Padang Kriket & Ragbi Petrajaya, Sarawak pada 13 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Sukan Negeri Selangor
AGENDASUKANKINI

Selangor lakar kemenangan kedua acara kriket T20 lelaki

KUCHING, 15 OGOS: Naib juara edisi lepas, Wilayah Persekutuan bangkit mencatat kemenangan pertama dalam saingan kriket T20 lelaki selepas mengetepikan cabaran Melaka pada aksi kedua liga sepusingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Pada pertembungan di Padang Kriket & Ragbi Petra Jaya di sini, Wilayah Persekutuan yang tewas kepada Kelantan pada aksi sulung Selasa lepas, meraih kemenangan dengan kelebihan 121 larian.

Sementara itu, Selangor cemerlang melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Kedah dengan kelebihan lapan wiket.

Dalam pada itu, aksi Kelantan dan Sarawak terpaksa ditangguhkan kerana faktor cuaca.

Kriket menawarkan dua pingat emas masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita.

Saingan kriket lelaki yang membuka tirai Selasa lepas dan acara wanita dijadual bermula Ahad ini berlangsung hingga 24 Ogos.

-BERNAMA


Pengarang :