Dua beradik Mariam Abu Akel dan abangnya Hamed diselamatkan dari runtuhan rumah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 29 Disember 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005 orang

GAZA, 16 OGOS: Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 40,005 orang, dengan 92,401 individu lagi mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau yang berselerakan di jalan-jalan di seluruh kawasan bergolak itu, kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.

– BERNAMA-WAFA

 


Pengarang :