AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 18 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :