Pasukan golf lelaki Selangor yang diwakili Austin Gan (dua, kanan), Poon Jia Hao (kiri), Mohamad Ajmal Amin Fajri (kanan) dan Ezekiel Riz Hafi (dua, kiri) raih emas acara golf berpasukan ketika Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Turut sama EXCO Belia Sukan Selangor, Najwan Halimi (hadapan lima, kiri) Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Semangat mahu menang, serasi resipi kejayaan golf lelaki Selangor raih emas

KUCHING, 18 OGOS: Keserasian dalam pasukan dan semangat mahu menang asas penting buat pasukan golf lelaki Selangor yang berjaya menggondol emas acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Kejayaan dilakar di Kelab Golf Sarawak di sini menyaksikan pasukan golf dibarisi Austin Gan, 19; Poon Jia Hao, 20; Mohamad Ajmal Amin Fajri, 17 dan Ezekiel Riz Hafi, 15, mempertahankan emas dimenangi ketika dua edisi SUKMA terdahulu.

Austin ketika ditemui selepas upacara penyampaian pingat meluahkan rasa gembira atas kejayaan pasukan mencipta hatrik acara berkenaan sekali gus membanggakan rakyat Selangor.

“Kami datang sini bukan untuk raih perak dan gangsa, tetapi dengan misi raih emas. Akhirnya hari ini kami dapat realisasikan sasaran itu dan semestinya sangat gembira atas pencapaian ini.

EXCO Belia dan Sukan,Najwan Halimi mengalungkan pingat emas kepada pasukan golf lelaki Selangor yang diwakili Austin Gan (dua, kanan), Poon Jia Hao (kiri), Mohamad Ajmal Amin Fajri (kanan) dan Ezekiel Riz Hafi (dua, kiri) selepas memenangi pingat emas acara golf berpasukan ketika Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Tidak dinafikan kalangan kami ada seorang dua yang sangat berbakat, tetapi apabila bermain dalam pasukan kami dapat bina ‘chemistry’ dan bekerja sama-sama hingga menyumbang kepada kejayaan ini,” katanya.

Pada aksi akhir, pasukan golf lelaki mengumpul 659 mata, menewaskan pencabar terdekat iaitu Sarawak yang meraih 666 mata untuk pingat perak manakala Perak (gangsa) dengan 669 mata.

Sebelum itu, pasukan golf wanita Selangor merangkul perak dengan 688 mata sementara Mohamad Ajmal Amin Fajri menyumbang pingat sama bagi acara perseorangan (213 mata).

EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi (tengah) bergambar bersama atlet golf dan pegawai Selangor selepas Selangor memenangi satu emas dan dua perak ketika Sukan Malaysia ke-19 (SUKMAXXI) di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Pasukan golf lelaki Selangor yang diwakili Austin Gan (dua, kanan), Poon Jia Hao (kiri), Mohamad Ajmal Amin Fajri (kanan) dan Ezekiel Riz Hafi (dua, kiri) raih emas acara golf berpasukan ketika Sukan Malaysia yang ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

 


Pengarang :