AGENSISELANGOR

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, dan Kuala Lumpur.

Menurut agensi itu, cuaca sama juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :