Hujan lebat berterusan menyebabkan sebahagian dinding penahan tanah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn runtuh pada 22 Ogos 2024. Foto X Bernama
AGENDANASIONAL

Dinding penahan tanah di Taman Bunga Raya runtuh, sebuah rumah terjejas

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Hujan lebat berterusan sejak 4 petang tadi telah menyebabkan sebahagian dinding penahan tanah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn runtuh sehingga menjejaskan sebuah rumah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 5.43 petang tadi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit yang menjejaskan sebuah rumah di kawasan itu.

“Pihak polis memaklumkan penghuni rumah itu dan kawasan yang berhampiran supaya berpindah untuk sementara demi keselamatan selain mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kerana didapati masih berlaku pergerakan tanah,” katanya.

Operasi pemantauan masih dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

— BERNAMA

Pengarang :