Orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Selangor Saring DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Subang Jaya 7, 8 September ini

SHAH ALAM, 23 OGOS: Orang ramai berpeluang menjalani saringan kesihatan secara percuma menerusi program Selangor Saring di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) SS15 pada 7 dan 8 September ini.

Menurut Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, saringan bermula 9 pagi hingga 3 petang itu menyediakan ujian untuk jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan barah.

Michelle Ng Mei Sze berkata selain itu orang ramai turut berpeluang menjalani pemeriksaan gigi, telinga, mata dan fisioterapi.

ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bercakap kepada media berkenaan projek naik taraf pemasangan penghadang bola di Padang Awam, USJ 11, Subang Jaya pada 21 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Sebanyak 450 slot sahaja sehari disediakan dan anda tidak perlu berpuasa. Anda juga perlu membuat prapendaftaran kerana pendaftaran secara ‘walk in’ tidak dibenarkan.

“Mereka yang mempunyai masalah pendaftaran boleh menghubungi Selcare di talian 1800-22-6600,” katanya di Facebook.

Michelle berkata orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Sebelum ini saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Paya Jaras, Dengkil, Sungai Tua, Batu Tiga, Pandamaran dan Pelabuhan Klang.

 


Pengarang :