AGENDANASIONAL

LRA Sungai Bernam henti tugas susulan air mentah keruh akibat kepala air

SHAH ALAM, 24 OGOS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghenti tugas sementara loji rawatan air (LRA) Sungai Bernam berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat kepala air di Sungai Bernam awal hari ini.

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan pengguna di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://airselangor.com

Berikut senarai kawasan terjejas:


Pengarang :