Antara penyokong Selangor FC yang datang awal ke Stadum Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA antara Selangor FC dan JDT pada 24 Ogos 2024. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Piala FA 2024 milik siapa, Selangor FC atau JDT?

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Perhitungan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut gelaran juara Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dijangka akan menjadi pertarungan yang menarik.

Selangor membawa misi besar untuk merampas kembali trofi itu yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2009 sementara JDT pula berusaha meraih hatrik selepas menjulang trofi sama pada 2022 dan 2023.

Antara penyokong Selangor FC yang datang awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA antara Selangor FC dan JDT pada 24 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pastinya stadium bakal bergema dengan sorakan kira-kira 80,000 penyokong Gergasi Merah dan Harimau Selatan, yang masing-masing mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan mereka.

Berikut reaksi penyokong Selangor FC dan JDT ketika ditemui Media Selangor di pekarangan stadium berkenaan.

Brother Wul, 20,

“Saya ramal keputusan malam ini 2-1. Selangor FC 2. Saya harap malam ini mereka dapat bermain seperti semifinal ketika menentang Terengganu FC,” Brother Wul, 20, kakitangan kerajaan.

Muhammad Faizuwin Mohd Rosli, 29,

“Harap Selangor FC menang dengan jaringan 2-1. Kalau menang ini akan naikkan semula kegemilangan Selangor dan pemain kena teruskan momentum untuk Liga Super dan Piala Malaysia.” Muhammad Faizuwin Mohd Rosli, 29, kakitangan swasta.

Syahfirdaus Mohd Kamal, 23,

“Saya yakin JDT dapat kekalkan gelaran juara bertahan Piala FA. Mungkin malam ini keputusan 3-1. Antara penyumbang gol Arif Aiman.” Syahfirdaus Mohd Kamal, 23, kakitangan swasta.

Antara penyokong JDT yang datang awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA antara JDT dan Selangor FC pada 24 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :