AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LRA Sungai Bernam beroperasi sepenuhnya, bekalan air disalur berperingkat

SHAH ALAM, 25 OGOS: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam sudah beroperasi sepenuhnya jam 9 pagi tadi dan bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada pengguna.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air sistem agihan bekalan air.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki ke kawasan yang masih terjejas akan diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com.

Selain itu maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com

Semalam Air Selangor memaklumkan henti tugas sementara LRA Sungai Bernam berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat kepala air di Sungai Bernam.

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimakan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan pengguna di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam.


Pengarang :