Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Agihan cecah 6.3 peratus, bekalan air dijangka pulih tengah malam ini

SHAH ALAM, 25 OGOS: Bekalan air bagi kawasan terjejas dalam wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam dijangka pulih jam 12 tengah malam ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Menerusi kenyataan, syarikat itu menjelaskan peratusan pemulihan mencecah 6.3 peratus setakat jam 12 tengah hari, dengan bekalan air disalurkan berperingkat kepada premis pengguna.

“Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” kata Air Selangor.

Menurutnya, bantuan alternatif diteruskan melalui lori tangki air ke kawasan terjejas, dengan tumpuan di premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Maklumat boleh didapati melalui https://waterupdates.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Semalam, Air Selangor memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat kepala air di Sungai Bernam.

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengambil segala usaha bagi meminimumkan dampak gangguan bekalan tidak berjadual membabitkan pengguna di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam.


Pengarang :