SHAH ALAM, 28 MAC : Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menawarkan kempen pengurangan kompaun letak kereta serendah RM15.
Datuk Bandarnya Dato’ Abd Hamid Hussain menyeru orang ramai mengambil peluang melunaskan kompaun mulai 1 hingga 30 April ini.
“Tawaran ini melibatkan kompaun letak kereta dengan kadar serendah RM15 sehingga RM300 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik.
“Orang ramai digesa merebut peluang ini dengan menjelaskan tunggakan sebelum tindakan tegas dikenakan termasuk pendakwaan di mahkamah,” katanya.
Bercakap ketika mempengerusikan mesyuarat penuh hari ini,Abd Hamid bagaimanapun berkata kompaun itu tidak tertakluk bagi beberapa kesalahan.
“Pengurangan ini tidak tertakluk kepada kesalahan meletak kenderaan di parkir orang kelainan upaya, petak khas dan menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau parkir kereta,” katanya.
Sementara itu, MBDK turut menyediakan perkhidmatan kaunter van bergerak sepanjang April ini mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari bagi memudahkan penduduk setempat membayar cukai taksiran.
Berikut operasi kaunter van bergerak:
1. Bukit Raja (parkir berhampiran Nasi Kandar Mamu Penang)
19 – 20 April 2025
2. Pandamaran (berhampiran Mydin Mart Raja Muda Musa)
26 – 27 April 2025