GLOBALNASIONAL

Wartawan tragedi kapal terbang Chapecoense meninggal dunia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Seorang daripada enam penumpang yang terselamat dalam tragedi kapal terbang kelab bola sepak Brazil, Chapecoense pada 2016 disahkan meninggal dunia Selasa lalu kerana serangan jantung.

Rafael Henzel, rebah ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya meninggal dunia sejurus dibawa ke hospital.

Chapecoense turut merakamkan ucapan takziah melalui laman Twitter @ChapecoenseReal yang menyifatkan wartawan Brazil berusia 45 tahun itu sebagai simbol pembinaan semula kelab susulan tragedi yang mengorbankan 16 pemain kelab, lapor BBC.

Pesawat membawa 77 penumpang dalam perjalanan dari Santa Cruz de la Sierra, Bolivia terhempas berdekatan Medellín, Colombia pada 28 November selepas kehabisan minyak.

Chapecoense sepatutnya dijadualkan bertemu Atletico Nacional dalam perlawanan akhir pertama Copa Sudamericana, dua hari kemudian.

Rafael kembali bertugas di sebuah stesen radio di selatan bandar Chapecó selepas pulih daripada kecederaan tulang rusuk ekoran kemalangan itu.

Selain mendiang, penumpang yang terselamat adalah pemain Chapecoense, Alan Ruschel, Helio Zemper Neto dam Jakson Follmann serta dua yang lain iaitu Ximena Suarez dan Erwin Tumiri.

Kredit Foto: Twitter Chapecoense


Pengarang :