GLOBAL

Gempa bumi berskala 5.1 di China

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher dicatatkan berhampiran Sinchuan, China pada pukul 10.30 malam tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa bumi itu terletak 226km Barat Daya dari Chongqing, China dengan kedalaman 100km.

Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :