SHAH ALAM, 30 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) dan sukarelawan yang ingin menyampaikan bantuan kepada masyarakat diingatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan, kata EXCO kebajikan.
Dr Siti Mariah Mahmud berkata prosedur dikeluarkan pada 23 Mac lalu antaranya tidak mengagihkan barang sehingga rakyat berhimpun, menjarakkan posisi mereka sebanyak satu meter dari sesiapa sahaja dan tidak menyentuh mana-mana permukaan di lokasi penghantaran.
“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri berpendapat badan bukan kerajaan perlu berbincang terus dengan kementerian bagi mendapat kebenaran prosedur keselamatan dan kesihatan yang lebih terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Garis panduan Selangor dalam urusan agihan bantuan seperti berikut: